djnizard
1+ Views

Ramai orang ingin menurunkan berat badan dengan cepat

Ramai orang ingin menurunkan berat badan dengan cepat,tetapi tidak ramai yang mahu memberi komitmen penuh.harga salimah slim

Secara jujurnya peratusan orang2 yang mampu bertahan sehingga berjaya menurunkan berat kepada berat badan ideal adalah rendah. Mereka ini adalah orang2 yang faham dengan jelas komitmen yang perlu diberikan.

100% Right Mindset-
Keputusan untuk menurunkan berat badan perlu dibuat dalam keadaan sedar. Anda perlu 100% sedar dan bersetuju utk meletakkan komitmen sepanjang proses ini. Apabila anda mempunyai mindset yang betul,anda tidak akan menoleh kiri kanan,tidak akan hirau keadaan sekeliling dan tidak akan berfikir2 utk berputus asa. Apa yang anda tahu, FOKUS DAN TARGET ANDA SANGAT JELAS. Orang yang mempunyai mindset yang betul sangat percaya mereka akan menurunkan berat badan mereka. Mereka hanya perlukan ilmu yang betul,kerana otak mereka sudah 100% bersedia untuk menerima arahan. Apabila otak bersedia sepenuhnya,secara automatik badan akan berasa excited. Istilah susah..letih dan jemu itu tidak akan timbul sama sekali.

80% Pemakanan yang betul-
Jika anda mengambil masa 10-20tahun utk naik 10kg berat badan,anda harus bersabar menunggu hasil turun berat anda. Kebanyakan orang tidak sabar utk menurunkan berat badan,sedangkan mereka tidak memberi komitmen sepenuhnya utk bertukar kepada pemakanan yg betul dan sihat. Jika anda masih 'cheating' lebih dr 2kali dlm seminggu,anda tidak boleh berharap utk turun berat dgn cepat. Badan anda perlukan makanan yang 'clean' dan sihat utk membakar kalori dan lemak berlebihan(hasil puluhan tahun pemakanan). Jika anda masih 'cheating',bagaimana badan ingin melakukan proses pembakaran lemak &detosifikasi? Umpamanya anda cuci longkang,tapi anda sendiri yang membuang sampah dalam longkang yg anda cuci. Penat kan? So ikut peraturan yang diberi. Cheating mengikut jadual yang betul.

20% senaman-
Senaman tidak menyumbang peratus yang besar,tetapi senaman menjadi pelengkap dan 'booster' kepada penurunan berat anda. Jika anda konsisten bersenam setiap minggu, berat akan turun dengan lebih cepat kerana badan anda membakar kalori dengan lebih pantas dan lebih 'efficient'. Almaklum,lemak2 tepu ni liat,maka pergerakan yang lebih aktif sangat membantu. Senaman juga membantu badan mengeluarkan hormon gembira,secara tak langsung proses turun berat lebih positif dan proatif. Stress? Bersenamlah! Nak cepat turun berat? Bersenamlah!

Apabila anda yakin anda sudah memenuhi kriteria diatas, anda tak perlu risau apa2 lagi, tunggu sahaja, hasilnya akan tiba. Anda akan turun berat tanpa anda sedari. Pastikan EMOSI+FIKIRAN+PERCAKAPAN terjaga.
djnizard
0 Likes
0 Shares
Comment
Suggested
Recent